Greenview Homestay, Pelangi Mall, Kota Bharu, Kelantan






Anda mahukan penginapan yang nyaman, selesa, dengan harga yang berpatutan sepanjang percutian anda ? Kami menyediakan kemudahan tersebut kepada anda untuk anda nikmati bersama keluarga. Homestay yang kami sediakan terletak di Pelangi Mall, bandar Kota Bharu, di tepi Sungai Kelantan. Homestay ini amat berdekatan dengan pusat bandar dan terletak di kawasan yang amat strategik.

Kondominium yang berkeluasan ~1100 sq.ft. ,dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang dapur dan ruang tamu yang luas. Kondominium ini telah dilengkapi dengan pelbagai set perabot yang dijamin dapat memberikan keselesaan kepada anda.

Selain daripada kemudahan kawalan keselamatan 24jam untuk privasi anda, pelbagai kemudahan juga telah kami sediakan untuk anda sekeluarga, termasuk kolam renang (tingkat 10), gymnasium, playground, seterika dan papan seterika, water heater, air-cond, mesin basuh automatik dan pelbagai kemudahan dapur seperti periuk nasi, dapur gas, oven, peti sejuk, toaster dll.




  





tag: pelangi mall homestay kondominium blok c homestay bajet kota bharu sungai kelantan homestay murah berpatutan harga cuti sekolah kelantan darul naim pasar besar siti khadijah parkson giant masjid muhammadi berhawa dingin selesa bilik tidur ruang dapur peti sejuk
.